BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 26, 2009

Campuran warna dalam roda warna

Roda warna

Saturday, July 18, 2009

MENGENAL WARNA


Mengenali dan memahami tentang warna merupakanb pengatahuan asas penting kepada seorang pelukis. Warna boleh digunakan sewenang- wenangnya. Seorang pelukis yang cekap dan berpengalaman hanya menggunakan beberapa warna sahaja untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik dan menakjubkan. Mereka mencampurkan warna-warna itu untuk menghasilkan warna-warna lain. Ia juga boleh membezakan sesuatu warna dengan menambah atau mengurangkan campuran warna adalah asas penting yang perlu di ketahui dahulu.

WARNA ASAS/ WARNA PRIMER

Semua objek yang kita lihat di dunia ini adalah berasaskan kepada tiga warna-warna biru.kuning merah. Ketiga-tiga warna ini juga disebut warna asas dalam lukisan.

WARNA SEKUNDER

Warna sekunder deperolehi hasil daripada campuran dua warna asas. Warna jingga (oren) adalah hasil campuran warna mera dan kuning. Warna hijau pula ialah campuran daripada warna biru dan warna kuning. Warna ungu pula hasil daripada campuran warna biru dan mera.

WARNA TERTIER

Warna yang berada diantara warna primer dan warna sekunder adalah hasil campuran warna kuning- oren, mera –oren, biru- hijau, merah-ungu dan biru-ungu.

WARNA KOMPLIMENTARI

Warna-warna komplimentari terhasil dari berbagai campuran warna asas dengan warna sekunder. Banyak sedikitnya warna-warna campuran yang dicampur juga akan menghasilkan warna komplimentari yang berlainan.

TON WARNA

Ton warna atau nilai warna merupakan terang atau gelapnya sesuatu warna tu. Pada sebuah objek yang berwarna merah. Kita akan mendapati ada bahagian yang menampakan warna yang lebih gelap dan ada pula yang menampakan waran yang lebih cerah. Inilah yang dimaksudkan dengan nilai atau ton warna. Terdapat dua cara bagaimana kita boleh dapatkan ton warna yang berbeza pada suatu warna . cara yang pertama ialah mencampurkan warna putih untuk menghasilkan ton cerah dan warna hitam untuk menghasilkan ton yang gelap pada suatu warna itu. Warna yang bercampur air lebih banyak tonnya akan lebih cerah.

PERSPEKTIF WARNA

Perspektif warna menunjukan bagaimana warna sesuatu objek boleh berubah. Apabila jarak dan kedudukan berbeza. Umumnya objek pokok akan mempunyai warna yang berbeza jika dilukis pada jarak dekat dan jarak jauh. Pokok yang dekat ianya mempunyai kelihatan yang terang sementara yang jauh akan nampak lebih pudar dan lembut. Begitu juga terdapat perbzaan yang agak nyata antara warna objek seperti rumput yang lapang dengan rumput dikawasan bayangan. Seperti juga untuk mendapatkan nilai ton warna perspektif warna ini boleh dicapai dengan mencairkan warna itu dengan mencampurkan dengan terpenting bagi menipiskan sesuatu warna itu.

Ton warna dan perspektif warna adalah dua perkara yang sukar dipisahkan .Namun begitu sebuah lukisan warna yang menggunakan ton warna dan perspektif warna yang betul dan baik akan dapat menghasilkan sebuah lukisan yang hidup dan amat bermutu.

Friday, July 17, 2009



Leonardo di ser Piero da Vinci (April 15, 1452 – May 2, 1519) is sometimes referred to as an Italian polymath. A scientist, mathematician, engineer, inventor, anatomist, painter, sculptor, architect, musician, and writer. The Mona Lisa is Leonardo Da Vinci’s most famous work of art. Her enigmatic smile has generated a lot of interest both in and out of the artistic community


BENARKAH MONALISA TERCANTIK DIDUNIA?

Ada pelukis dan penulis berpendapat, potret Monalisa tidak mampu disaingi mana-mana potret sehingga kini. Senyuman, lirikan mata dan raut wajahnya menyembunyikan pelbagai perkara yang banyak pengertian. Demikianlah tingginya pujian diberikan kepada Monalisa yang dihasilkan oleh pelukis Leonardo Da Vinci, pelukis Itali yang hidup dalam kurun ke-15 Masihi.

Dari sudut manakah potret Monalisa itu dikatakan sebagai potret wanita tercantik di dunia?
Ramai pelukis dan penulis mengatakan bahawa senyum Monalisa yang cantik dan menawan, lebih-lebih lagi apabila dipandang dan ditenung lama-lama. Kata mereka senyuman Monalisa bagaikan senyuman orang hidup. Lirik matanya bagaikan hidup dan menawan kalbu. Jika ada orang yang menidakkan kecantikan potret Monalisa, maka dikatakan orang itu buta seni, tidak tahu menilai seni lukis.
Demikian pujian yang sering diberikan peminat seni lukis dan penulis terhadap potret Monalisa sejak beratus-ratus tahun lalu. Pujian itu tidak kurang juga diberikan penulis dan pelukis tanah air kita ini. Bahkan ada pelukis dan penulis kita yang menganggap potret Monalisa sebagai karya seni yang agung, bermutu tinggi dan tiada bandingannya.
Oleh kerana potret itu begitu terkenal, ada orang mengambil kesempatan mencetak dengan banyak dan acapkali dijual sebagai barang hiasan. Mereka menjadikan potret Monalisa sebagai barang dagangan. Begitu juga oleh kerana begitu taksub dan kagum, ada yang meletakkan potret Monalisa dalam bingkai gambar yang cantik dan mahal untuk dijadikan hiasan dalam rumah, sama ada di dalam bilik tetamu ataupun di bilik tidur. Ada yang sanggup membelinya dengan harga yang mahal walaupun mereka tahu lukisan itu(Cuma satu yang asli) tiruan atau fotokopi, bukan yang asal.
Potret Monalisa kini diletakkan di dalam muzium di negara kelahiran pelukisnya sendiri di Itali. Ia dijaga rapi dan diinsurankan pula dengan jutaan ringgit. Oleh sebab itulah harga potret Monalisa kian hari kian tinggi, mungkin mencecah hingga berpuluh-puluh juta ringgit.

Bagaimanakah potret Monalisa itu wujud?
Monalisa asalnya adalah dari nama orang yang benar-benar wujud. Dia lahir dan dibesarkan di sebuah bandar kecil bernama Florentine, Milan, Itali. Bandar ini terletak di kawasan berbukit-bukau dengan kegiatan ekonomi utamanya ketika itu ialah pertanian dan ternakan.
Beberapa tahun yang lepas, seorang profesor mendakwa dia menemui nota yang ditulis seorang pelukis terkenal, yang menyatakan bahawa potret Monalisa adalah hasil lukisan model terkenal bernama Isabela Gualandi, yang lahir dan dibesarkan di Naples, Itali pada tahun 1491.
Isabela Gualandi dikatakan mempunyai hubungan dengan Giuilano de Medici saudara kandung Pope Leo ke-X.

Pendapat lain pula mengatakan bahawa Monalisa adalah isteri kedua saudagar Zanobi de Gloconda. Ada kemungkinan Zanobi de Gloconda ini dari kalangan orang Islam dengan berpandukan dua sebab. Pertama, nama Zanobi sendiri adalah seiras dengan nama orang Islam yang ramai terdapat di Itali, sama ada zaman Monalisa masih hidup, mahupun pada masa sekarang yang kebanyakannya sebagai ahli perniagaan. Kekuatan pemerintahan Islam di kawasan berkenaan pada zaman itu memang tidak dapat dinafikan. Keagungan Empayar Othmaniyah yang berpusat di Turki, berkembang hingga ke Balkan dan sekitar Itali serta di sepanyol amat terserlah.
Kemungkinan kedua, Zanobi dikatakan beragama Islam, kerana Monalisa ialah isteri keduanya. Amalan beristeri lebih daripada seorang (poligami) berlaku di kalangan orang Islam kerana Islam sajalah yang membenarkan umatnya berpoligami.
Zanobi de Glocondo menjemput Leonardo Da Vinci untuk melukis isteri keduanya itu yang dianggap perempuan tercantik di dunia pada zamannya. Ketika Leonardo belum terkenal sebagai pelukis, dia hanya pelukis amatur yang mendapat upah melukis secara kecil-kecilan. Hasil lukisannya dijual untuk menampung keperluan hidupnya yang tidak seberapa. Leonardo juga menjual lukisannya di kaki lima kedai kepada berminat.
Zanobi de Glocondo dan isterinya ketika itu sedang bersenang-senang di tempat peranginan di kaki pergunungan yang menjadi latar belakang potret Monalisa itu. Dia melihat Leonardo sedang melukis sesuatu, lantas dia meminta dilukis potret isterinya itu.
Lukisan potret Monalisa yang asal berukuran kira-kira 36 inci tinggi dan 20 inci lebar itu memperlihatkan keseluruhan muka, dengan rambut terurai menutupi sebahagian bahunya.
Lehernya yang jinjang nampak jelas dengan sebahagian dadanya terbuka.

Sesungguhnya gambar ini amat berlawanan dengan nilai dan tradisi bukan sahaja masyarakat Islam, tetapi juga masyarakat Kristian pada masa itu yang masih kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi. Kebnyakan mereka berpakaian menutup aurat. Pada ketika itu semua wanita baik Islam mehupun bukan Islam, tidak berani mendedahkan aurat termasuk rambut.
Kini terdapat beberapa pelukis nakal cuba mengubah imej potret Monalisa dengan pelbagai wajah. Misalnya Graham Dean mengubah lukisan Monalisa yang asal dengan cara: Monalisa dilukis dan digambarkan dengan berbadan tikus, Monalisa berbadan gorilla dan lain-lain haiwan.
Terdapat juga Monalisa memakai seluar ‘Jean’ ketat dan ada potert Monalisa yang digambarkan dengan kaki terkangkang. Antara yang paling menarik ialah potret Monalisa dengan misai Hitler-tokoh orang yang paling kejam dan ganas dalam dunia menurut pandangan Barat.
Disamping itu, terdapat juga ahli perniagaan yang mengeksploitasi wajah dan nama Monalisa untuk melariskan barang jualan mereka seperti minyak wangi, seluar jean dan bedak
Bagaimanapun, mengapakah sehingga kini potret Monalisa begitu dikagumi manusia? Adakah dia wanita tercantik pada zaman itu jika dibandingkan dengan wanita lain? Atau banyak agenda yang perlu kita gali untuk mencari rahsia sebenarnya?

Asas Senireka Dalam PSV

Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:

Garisan

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

Rupa

Rupamesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

Bentuk

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan ilusi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

Jalinan

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.

Ruang

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek

Warna

Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.


Prinsip Rekaan

Harmoni

Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.

kontra

Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).

Penegasan

Penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik

Imbangan

Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.

Pergerakan

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,bergoyang, bergegar,

berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.

Kepelbagaian

Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

Kesatuan

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.



Tuesday, July 7, 2009

STUDIO LUKISAN

SELAMAT DATANG