BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 5, 2009

DADAISME

DADAISME
Dadaisme adalah sebuah pergerakan seni tampak dan sastera di Eropah yang lahir sebagai satu revolusi ganas terhadap kepuasan diri. Dalam aliran ini; pengutamaan terhadap nilai-nilai artistic telah diabaikan dan ia bersifat ‘anti-art’.
Pergerakan yang agak ekstrim ini memasukkan unsur-unsur jenaka yang kasar berserta nilai-nilai perangsangan dan pengejutan dalam usaha melibat reaksi masyarakat yng berpegang kepada nilai-nilai tradisi. Dadaisme lahir dari rasa untuk membebaskan diri daripada angan-angan. Mereka sedar bebas beranggapan, menyindir serta bertindak dalam suasana kekacauan penentangan terhadap pemerintah. Pusat aktivitinya di Cabaret Voltaire, Zurich.

Aliran yang bermula di Zurich pada 1915 itu kemudiannya merebak ke New York, Cologne, Paris dan negara-negara Eropah. Mereka juga membantah Peperangan Dunia Pertama dan masyarakat yang mencetuskannya. Mereka juga melahirkan seni tak bermakna untuk menunjukkan kekosongan hidup masyarakat moden. Tristan Tzara telah memperkenalkan isitlah DADA yang bermaksud HOBBY HORSE dalam Bahasa Perancis –‘an infantile sound’, yang diperoleh melalui tekanan pen secara sebarangan ke atas muka surat kamus.

Di awal kelahirannya, Dada tidak mendukung apa-apa stail artistic atau estetik yang tertentu. Kaedah dan manifestonya lebih ke arah Futurisme, walaupun kurang dengan prinsip-prinsip mekanik. Pada 1915, Marcel Duchamp memperkenalkan prinsip-prinsip Dada melalui pamerannya di New York dengan objek-objek yang di sebut ‘ready-mades as works of Art’. Pada 1919, Manifesto Dada dibentuk di Hannover. Selepas perang, pengaruh Dada menular ke Jerman menerusi pelukis-pelukis seperti Ernst, Grosz Schwitters.

Kekecohan dan krisis sosial menjadi gelanggang terbaik untuk aktiviti Dada bergerak. Prinsip-prinsip Dada diperbaiki menjadi asas-asas dalam mendukung kelahiran Surrealisme. Dada tidak mati di situ shaja, Neo-Dada Art lahir di New York di akhir-akhir 1950 an dan 1960 an dengan karya-karya berbentuk assemblage.
Contoh
1. Jean Arp ‘Mountain Table Anchors Navel’ (1925)
2. Max Ernst ‘The Elephant of the Gelebes’ (1921).
3. Marcel Duchamp ‘Bottle Rack’ (1914), ‘L.H.O.O.Q’ (1919)

0 comments: