BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 5, 2009

SENI POP ART

POP ART
Pop Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersil dan materialistic. Kalau sebelumnya terdapat tanggapan yang membezakan ‘seni gunaan’, ‘seni dagangan’ dengan ‘seni tulen’ yang dipamerkan di galeri, Pop Art memihak kepada seni yang dianggap rendah. Lantas lahirlah karya seni berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Pop Art bukan berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Pop Art berdasarkan idea klasik atau agama, sejarah atau keindahan alam, tetapi sesuatu yang biasa dalam kehidupan masyarakat sekarang. Misalnya imajan-imajan tin sup, botol, keratan komik yang diperbesarkan, barang makanan, pakaian potret bintang filem. Aliran yang bermula di England pada pertengahan 1950an itu menular ke Amerika Syarikat dan berkembang pesat dalam dekad enam puluhan.

Pop Art merangkumi kepentingan sekeliling serta keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan. Ia mencerminkan keadaan sekeliling pengguna dan kawasanny. Jurucakap pergerakan, David Sylvester memetik huraian Roy Lichtenstein bahawa Pop Art adalah unsur-unsur dalam budaya, sesuatu yang kita benci, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kita (Osborne, Harold. 1979;894).

Istilah Pop Art telah dicipta oleh pengkritik Inggeris Lawrence Alloway untuk satu pergerakan atau kumpulan yang menggelar diri mereka independenc Group (1954-1955 (English Pop Art). Di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di New York sekitar 1959 dan berkembang ke seluruh Amerika dan Eropah, Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis PopArt pertama di Amerika. Di Amerika juga, Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme bila ia menggunakan imej bergambar serta teknik-teknik ‘hard-edged’ dan fotografi. Ini disebut sebagi kembali kepada imej bergambar.

Pop Art juga dianggap sebagai Neo-Dadaists bila menggunakan subjek-subjek biasa seperti komik, tin sup, penanda lebuhraya yang mana punya persamaan dengan karya-karya Marcel Duchmp (Ready-mades as works or art 1915-1920-keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan).

Diantara pelukis-pelukis Pop Art Amerika ialah Jasper Johns, Robert Rauschenberg, Andy Warhol Roy Lichtenstein dan Tom Wesselmann. Sementara pelukis Pop Art British seperti Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blakd dan Allen Jones.

Pelbagai kaedah berkarya telah diambil oleh para pelukis Pop Art. Jasper Johns menghasilkan catan dengan imej bendera, arca daripada tin-tin bird dan mentol lampu. Robert Rauschenberg mengunakan kolaj serta gabungan dengan botol-botol coke, gambar-gambar dari akhbar dan majalah. Pelukis Pop juga memasukkan teknik-teknik konvensional yang lebih diminati dari teknik-teknik catan Jasper John dan Rauschenberg. Misalnya Andy Warhol menggunakan sutera saring terhadap imej-imej tin sup, kerusi elektrik, potret Marilyn Monroe serta bunga-bunga. Roy Lichtenstein menggunakan petikan-petikan dari komik, sementara Tom Wesselmann terkenal dengan karya-karya alam benda serta ‘Great American Nudes’. James Rosenquist, Robert Indiana, Jim Dine dan Larry Rivers menyatukan subjek biasa dengan teknik-teknik catan.

Pengarca Pop Art seperti Claes Oldenburg menggunakan subjek seperti kon ais krim dan Hamburger. Georges Segal juga tergolong sebagai pengarca Pop Art.
Contoh
1. Jasper Johns ‘Target With Four Faces’ (1955)
2. Larry River ‘Europe II’ (1956)
3. Andy Warhol ‘Marilyn Monroe’ (1962)
4. Roy Lichtenstein ‘Balm’ (1962)
5. Robert Rausehenberg ‘Trapeze’ (1964)
6. James Rosenquest ‘FO111’ (1965)
7. Claes Oldenburg ‘Model (Ghost) Typewriter’ (1963)

0 comments: