BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

Elemen Dalam Seni Visual


Kadar Banding

Kadarbanding
Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagian-bahagian tubuh individu atau objek. Di dalam karya seni visual, perhubungan bahagian-bahagian tubuh manusia adalah sukar untuk di ukur dengan tepat kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi. Bahagian-bahagian dalam kadarbanding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian-bahagian tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan.Dengan meletakkan tubuh lelaki di dalam rajah bulatan dan segi empat sama, Leonardo Da Vinci menyiasat tentang perhubungan kadarbanding bagi kepala, badan, tangan dan kaki.

Pergerakan
Tatkala memerhatikan karya seni visual, kita seperti membuat satu pengembaraan. Seniman adalah pengarah yang membuatkan mata pemerhati begerak dengan selesa dan menmperolehi maklumat. Garisan dan rupabentuk (kebiasaannya yang panjang) dan rupabentuk berkontour kebiasaanya memberi penegasan ke arah yang sama. Arca kinetik atau bergerak wujud tetapi kebanyakan arca dan permukaan gambar adalah statik.

Ekonomi
Artis akan mendapati bahawa jawapan kepada masalah visual yang pelbagai adalah wujudnya kerumitan yang tidak penting. Kadangkala artis hanya melibatkan sesuatu yang penting, menghapuskan penerangan detail, dan mengaitkan perkara tertentu kepada keseluruhan.
Ekonomi selalunya berkaitan dengan aspek ‘abstrak’. Abstrak adalah berkaitan dengan proses pengurangan kepada keperluan yang penting, berdasarkan stail ekspresi artis. Ekonomi dapat dilihat di dalam stail seni kontemparari seperti karya Pablo Picasso di bawah.

Harmoni
Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur – berkaitan dengan bahagian-bahagian di dalam gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan sebagainya memberi penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud apabila unit-unit visual yang teratur diulang-ulang. Harmoni adalah kandungan kesatuan.
Pengulangan bermaksud perkara tertentu yang diulang-ulang. Pengulangan tidak semestinya memerlukan aspek yang sama tatapi boleh juga yang seiras atau hampir sama. Konsep pada corak boleh dianggap sebagai pengulangan. Pengulangan yang biasa pada corak boleh digunakan untuk mencipta harmoni dan irama.Konsep motif hampir berkaitan dengan corak. Perbezaannya apabila satu unit dasar atau corak yang asli diberi pengulangan, ia dirujuk sebagai satu motif. Pengulangan dirujuk kepada kemampuannya menghasilkan irama.


Kepelbagaian
Kepelbagaian adalah mengimbangi harmoni. Sedang artis menghasilkan penyatuan kepada harmoni. Dengan kepelbagaian pula artis mencapai aspek individuliti dan minat. Minat merujuk kepada kemampuan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mengekalkan perhatian pemerhati. Hal yang membangkitkan minat kepada visual adalah hasil penambahan kepelbagaian kepada komponen bergambar. Kepelbagaian diperolehi dengan penggunaan kontras dan perincian.Kontras berlaku apabila elemen diulang2 dengan cara menjadikan ia nampak tiada kaitan; beberapa garisan lebar di dalam kawasan yang sempit. Perincian adalah cara lain kepelbagaian atau ketidaksamaan diwujudkan ke bahagian yang ketiadaan menarik di dalam visual. Ia boleh dianggap sebagai penambahan detail atau hiasan di sesuatu bahagian.

Imbangan
Di dalam seni kita berhadapan dengan imbangan bagi perkara yang berkaitan dengan tarikan graviti. Kebanyakan karya seni dipandang di dalam orientasi menegak iaitu berhubung dengan pandangan atas, tepi dan bawah. Imbangan bagi kandungan visual diperolehi secara menyeimbangkan tarikan ke bawah graviti komponen tersebut. Contohnya, bola yang yang diletakkan di bahagian atas kawasan gambar menghasilkan keadaan tegang, memberi aggapan bahawa graviti akan menyebabkan bola itu jatuh. Bola yang diletakkan di bawah atau di atas garis dasar menghasilkan keadaan tenang, Tiada tindakan berlaku oleh graviti.Artis menyeimbangkan keadaan mendatar, menegak dan jejarian dalam semua arah dan posisi. Berbagai faktor seperti posisi, saiz, kadar, sifat, dan arah yang digabungkan dalam elemen, menghasilkan imbangan di dalam karya seni. Sekiranya dua rupa yang sama diletakkan bersebelahan di bahagian kiri gambar, karya itu akan kelihatan tidak seimbang pada bahagian kanan.




0 comments: